Selasa, 30 September 2014

Kedai mee Daud Mat Jasak

Jalan jalan cari makan,
the best ever jjcm, makan kuey teow celup dgn sup pelbagai jenis yong tau fu.. memang terbaik. Kedai ni salah satu feveret aku di bandaraya ipoh. Sape2 yg dtg ipoh aku suggest try la k.teow celup dia mmg terbaik, bukan tu je yg ada , mee kari, k.teow goreng, mee celup nasi lemak pon ader. Tp tiap kali dtg aku mesti nk mkn k.teow celup dia. Kedai ni kecik je, betul2 tepi jalan. Walaupun kecik tp org sentiasa ramai even sebenanya ada kedai sebelah dia yg agak cantik dr kedai mat jasak ni, tp org still nk himpit jgk kat kedai mat jasak ni. Mungkin kerana taste nye yg memikat kolbu.. 

Di sini aku sertakan sekali gambar k, teow celup siap dgn supnya  yg aku makan utk tatapan korang...

Jumaat, 26 September 2014

Petang Jumaat (26 September 2014)

Alhamdulillah...
Sendirian ditemani bunyi alam indah ciptaanya.. Petang yang tenang, mendung dan sedikit rasa sepi menelusuri di segenap ruang hatiku... Alangkah bahagianya andai suara suara kecil menemani ku saat ini, suara yg mampu memecah keheningan petang dgn keletah yg manja.. suara yg mampu membuat ku tersenyum.. suara yg memberikan aku semangat dan kekuatan.. Namun aku bersyukur dgn takdir yg maha esa.. mungkin Dia ada perancangan yg lebih baik untuk ku.. setiap yg berlaku pasti ada sebab musababnya.. Aku akan terus berdoa memohon pd yg Esa.. doa yg tiada penghujungnya...

Khamis, 25 September 2014

Teristimewa buat suamiku yg tercinta..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

ERTI KEHIDUPAN..

"RENUNGAN MASA TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.
"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"
Semoga bermanfaat 

kawan tikam belakang

Lumrah kehidupan, terkadang punya kawan beribu, terkadang hanya beberapa orang sahaja, terpulang pada empunya diri..
      Kadangkala kawan yg diharapkan agar menjaga aib kita menikam kita dr belakang hanya untuk memuaskan hati sendiri.. ketika itu hancur luluh perasaan hanya tuhan yang tahu..
    Bersabarlah, setiap perbuatan pasti ada karma.. apa yg mampu kita buat hanya berdoa agar segala kedukaan beransur hilang. Biarkan mereka bersenang lenang di atas kedukaan org lain.. semoga kita tergolong dikalangan org2 yg sabar dan kuat..
 
  Yakinlah janji Allah itu pasti..

Impian dan Harapan

Tidak sebaik yang difikirkan.. Tidak semulia yang diharapkan.. Tidak sesempurna yang diimpikan.. Kerana kita adalah hamba-Nya.....