Ahad, 19 Jun 2016

Berubat patah di Selama perak

Assalammualaikum w.b.t
27.4.16 jam 11.30 pagi hp aku berdering. Tiba2 dgr suara adik dlm keadaan cemas mengatakan mak jatuh. Masa tu aku ada di sekolah. Apa lagi bergegas aku balik drive kereta selaju yg bole sambil berwasap dgn group family. Memang bahaya. Aku tak nk buat dah drive sambil guna hp.
   Sampai klinik aku terus ke bilik xray. Keputusan xray mengatakan tangan mak aku patah di bahagian pergelangan tgn. Tulang ada dua. Satu patah. Puncanya sedang asyik menyapu kasut licin tergelincir jatu. Dah... patah tangan.
   Sebulan lebih mak menderita sakit tangan. Last lepas simen di buka aku bawa mak berurut di satu tempat ni selama seminggu. Bila tak baik juga, suami mencadangkan kami bawa mak ke selama perak. Nasib baik ada kawan suami yg sudi teman tunjuk jalan.
     Kami bertolak jam 9 pagi dr rumah melalui jalan sumpitan ijok, sampai di selama kg tapah jam 10.30 lebih kurang. Masa sampai tu dah ada org yg menunggu. Tak perlu daftar atau temu janji. Terus duduk di kerusi tunggu giliran. Bulan puasa ni waktu operasinya 8 pagi hingga 4 petang je. Kt situ tukang urut ada 3 orang. Anak dia Sorang lelaki , pastu nenek tu nama cu loh dan anak pompuan dia.
   Mak aku kena urut dgn anak pompuan dia kt dlm rumah. Cu loh dan anak laki dia mengurut di luar. Masa aku mula2 sampai, aku betenggek di beranda lua rumah. Aku nmpk longgokan bekas simen yg di buang. Bekas Simen org patah tangan patah  kaki. Depa cabut masa mengurut pastu tak pakai dah.
   Cu loh tu dah berumur mungkin dlm 80 tahun mcm tu. Tp masih kuat urut org. Ramai juga yg sampai masa kami dah nk balik. Lepas mak aku siap mengurut kami pon beransur pulang. Dia bekalkan minyak utk balik sapu sendiri d rumah. Bayaran?? Seikhlas hati je. Ikut nk bg berapa.
   Tangan mak aku belum pulih sepenuhnya. Makan masa juga sebab dah keras. Nanti aku igt nk bawa lagi ke sana. Urut sekali lagi. Kesian mak guna sebelah tangan je.
   Lepas selesai kami pon balik dlm kui 11.45 tgh sampai rumah jam 1.00 tgh.
  Malam ni aku suh mak mkn ubat tahan sakit. Takut dia tak bole tido. Maklumla lepas mengurut td.
     Sekian entry utk kali ni. Nk masak utk sahur pulak. Esok keje. Ok bye.. assalammualaikum.

Khamis, 16 Jun 2016

Ramadhan dan resepi mudah berbuka dan sahur

Assalammualaikum w.b.t

Lama rasanya tak update blog. Naik besawang dah. Hari ni 16 jun 2016. Bersamaan 11 ramadhan 1437 hijrah. Selamat berpuasa kpd seluruh umat islam di dunia. Tak lama lagi nk raya. Apa yg penting, amal ibadat sepanjang ramadhan. Lps tu baru fikir soal raya.

Tahun nk kebanyakan juadah berbuka puasa dan sahur aku masak sendiri. Berbeza dgn tahun sebelumnya. Banyak yg beli.

Dan oleh demikian aku berbesar hati nk kongsikan resepi2 yg pasti memikat hati sesiapa yg gemar masakan yg ringkas2 dan mudah sekejap siap. Aku ni tak la teror sgt memasak. Tp setakat nk isi perut 3 ke 4 org tu bole sgt.

Utk entry ni aku tak sempat nk sediakan resepi2 yg dah aku buat. Insyaallah next entry aku akan kongsikan. Sekian dulu utk kali ini. Jumpa lagi. ^_^